75 peratus beras negara datang dari negeri SG4

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: 75 peratus pengeluaran beras negara datangnya dari negeri ‘State-Goverment 4’ (SG4).

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim, keempat-empat negeri ini mungkin dilihat kurang maju dari segi pembangunan tapi sebenarnya adalah periuk nasi negara.

“Isu food security negara menjadi antara agenda besar PAS terutamanya menggunakan platform SG4 iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Katanya meneruskan usaha penyelarasan  pembangunan sektor pertanian dan keterjaminan makanan dalam Pemukiman Lajnah Pertanian dan Keterjaminan Makanan PAS Pusat.

“Mungkin dilihat kita kurang maju dari segi pembangunan berbanding dengan Lembah Klang dan selatan tanah air tapi sebenarnya kita adalah periuk nasi negara,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/2/2024

- Advertisement -