JERANTUT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan, Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin sentiasa mengambil cakna terhadap kemudahan kepada masyarakat setempat.
Justeru, beliau selalu terlibat dengan aktiviti gotong royong bersama penduduk bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.
Kelmarin, beliau bersama penduduk Kampung Lubok Payung dan Merting bergotong royong bagi memasang dan menyambung semula paip bekalan air bukit yang tercabut akibat banjir dan kepala air yang berlaku pada Disember lalu.
Selain itu, mereka turut mencuci ‘dam’ yang dipenuhi pasir dan batu.
“Alhamdulillah, kehadiran lebih daripada 50 orang penduduk kampung mempercepatkan kerja baik pulih dan sekali gus menunjukkan semangat kerjasama yang sangat tinggi dalam kalangan mereka.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” kata Mohd Zakhwan.
Sumber air bukit dari Lata Puai itu telah wujud sejak 35 tahun yang lalu.
Penduduk Kampung Lubok Payung dan sebahagian Kampung Merting masih menggunakan air bukit sehingga kini sebagai sumber air alternatif walaupun terdapat bekalan air paip. – HARAKAHDAILY 1/2/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!