45 Dun diminta sedia bas ke Putrajaya 9 Feb

- Advertisement -

KOTA BHARU: 45 Dewan Undangan Negeri (Dun) diminta menyediakan sebuah bas bagi memenuhi perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya pada 9 Februari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, pada hari itu mahkamah akan membuat keputusan mengenai kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Beliau berkata, Nik Elin Zurina memohon Mahkamah Persekutuan supaya membatalkan kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah.

- Advertisement -

“Pada hari ini kita mengeluarkan arahan kepada setiap dun supaya menyediakan sebuah bas ke Putrajaya pada hari itu akan mahkamah akan membuat keputusan kes saman dia.

“Peringkat kepimpinan hari ini pun kita baru keluar surat kepada semua Dun supaya menyediakan sebuah bas dan kita pergi solat hajat di sana jam 8 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Pusat Khidmat Dun (PKD) di Putik di sini hari ini.

Hadir sama mantan Menteri Besar yang juga Pesurujaya PAS Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS), Dr Wan Nik Wan Yusoff.

Media sebelum ini melaporkan lebih 1,000 orang menghadiri Himpunan Selamatkan Syariah sambil menunaikan solat hajat di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Perhimpunan itu diadakan bagi mengikuti perbicaraan yang membabit kes Nik Elin Zurin yang mencabar 20 peruntukkan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019. – HARAKAHDAILY 1/2/2024

- Advertisement -