Aktiviti sekolah dekatkan hubungan dengan masyarakat

Wan Badariah Wan Saad meluangkan masa mendengar taklimat di reruai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Advertisement -

PADANG BESAR: Dalam kesibukan memegang amanah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad masih berkesempatan meluangkan masa di D’Rich Souq Bazaar anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Kayaman di DUN beliau.

- Advertisement -

Program disambut meriah dengan penyertaan oleh beberapa sekolah lain di sini, hari ini.

Menurut Wan Badariah, menerusi program seumpama itu ia dapat mendekatkan lagi pihak sekolah dengan masyarakat setempat.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan sempat menyaksikan pertandingan sepakan penalti yang dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Seri Tunjung.

Ahli Majlis Perbandaran Kangar Kawasan Mata Ayer, Nordin Harun dan wakil Pusat Khidmat, Syahrulnizam turut serta melakukan sepakan penalti.

“Alhamdulillah masuk juga gol selepas tiga kali percubaan,” katanya.

Selain gerai jualan makanan dan permainan, reruai pameran agensi juga dibuka.

Aktiviti menunggang All Terrain Vehicle (ATV) dan memanah juga disediakan kepada pengunjung.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Dato’ Kayaman, Siti Berenee Yahaya dan Guru Besar SK Dato’ Kayaman, Rosmani Man. – HARAKAHDAILY 31/1/2024

- Advertisement -