Projek SMK Bertam Putra terbengkalai lebih 3 tahun

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Putra
sepatutnya siap sepenuhnya pada 20 April 2020, namun terbengkalai sehingga hari ini.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad berkata, pembinaan sekolah terbabit sudah siap 80 peratus merupakan antara projek sakit di Pulau Pinang.

“Kita cuba dapatkan maklumat bila sekolah berkenaan boleh disiapkan sebab rakyat di Parlimen ini sudah lama menunggu.

“Setakat maklumat yang diterima tunggu kerajaan buka tender. Tidak tahu bila tender nak dibuka. Kontraktor lama sudah tiada jadi kena bukan tender baharu pula,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Menurutnya juga walaupun pembinaan sekolah terbabit sudah 80 peratus siap namun pelbagai kerosakan pula berlaku termasuk pendawaian elektrik.

Kata beliau banyak peralatan pecah dan mengalami kerosakan kerana dipecah masuk pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya juga beliau sudah berulang kali membangkitkan isu SMK Bertam Putra di Dewan Rakyat, namun jawapan yang diberi sekadar melepas batuk di tangga.

“Di Kepala Batas banyak projek terbengkalai termasuk kuarters guru, sekolah dan rumah PPR. Rumah PPR janji kerajaan lalu tetapi sampai sekarang belum dilaksanakan.

“Sedangkan acara pecah tanah telah dibuat di tapak projek,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/1/2024

- Advertisement -