Perkenal seni gendang silat kepada generasi muda

- Advertisement -

PADANG BESAR: Seni gendang silat antara salah satu warisan budaya yang wajar diperkenalkan kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, menerusi majlis sebegitu ia secara tidak langsung dapat memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat tempatan.

“Alhamdulillah seronok malam ini saya cuba main kompang dan gong bersama kumpulan gendang silat utara, susah juga nak ketuk gong untuk dapat rentak tu.

“Tak mudah sebenarnya kalau tiada kemahiran dan yang penting minat untuk teruskan seni gendang, syabas kepada kumpulan Penggiat Seni Pergendangan dan Silat dan semoga terus maju jaya di masa hadapan. Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Himpunan Penggiat Seni Pergendangan Silat Utara Meraikan Bakat Tempatan di Kampung Oran, Mata Ayer, di sini, malam tadi.

Himpunan diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Mata Ayer dan Majlis Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) Kampung Oran.

Menurut Mohd Shukri lagi, majlis itu membuktikan warisan budaya dan seni tradisional masih terus diperkasa dan disokong oleh masyarakat setempat, serta memperlihatkan betapa pentingnya untuk memelihara dan memajukan warisan seni tempatan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Seni dan Warisan Budaya negeri, Wan Badariah Wan Saad. – HARAKAHDAILY 29/1/2024

- Advertisement -