Nilai eksport Terengganu 2023 meningkat RM673.6 juta

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Walaupun eksport Malaysia bagi tahun 2023 mencatatkan penurunan, nilai eksport Terengganu meningkat sebanyak RM673.6 juta,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

- Advertisement -

Kata beliau, Terengganu berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Kedah yang mencapai RM850.4 juta.

“Nilai import Terengganu juga meningkat sebanyak RM183.3 juta berbanding tahun 2022.

“Setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terlibat terutamanya kepada para usahawan yang telah menyumbang kepada peningkatan hasil negeri dan negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, eksport Malaysia yang mencatatkan penurunan 10 peratus atau RM13.2 bilion kepada RM118.5 bilion pada Disember 2023 dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). – HARAKAHDAILY 28/1/2024