Pemeriksaan percuma Puspakom bagi kenderaan persendirian 

Puspakom menganjurkan kempen 'Huat Periksa' bermula pada hari ini, 26 Jan hingga 8 Feb 2024.
- Advertisement -

SELANGOR: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menganjurkan kempen ‘Huat Periksa’, yang mana semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian berpeluang melakukan pemeriksaan kenderaan secara percuma bermula hari ini, 26 Jan sehingga 8 Februari ini.

Puspakom dalam satu kenyataan berkata, kempet ini dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan pemeriksaan berkomputer sempena Tahun Baru Cina.

- Advertisement -

“Pemeriksaan ini melibatkan pelbagai komponen penting kenderaan termasuk brek, suspensi, gelincir sisi, tayar dan lain-lain.

“Pemilik kenderaan boleh mengunjungi mana-mana cawangan Puspakom seluruh negara bermula jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang,” ujar kenyataan Puspakom  pada Jumaat.

“Pemeriksaan tersebut tidak memerlukan temu janji iaitu kenderaan akan diterima secara ‘walk-in’.

“Setiap pemeriksaan yang dijalankan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM1.88 bagi setiap kenderaan yang menjalankan pemeriksaan percuma kepada badan amal terpilih.

“Ini bermaksud pemilik kenderaan bukan sahaja dapat memastikan tahap keselamatan kenderaan mereka, malah secara tidak langsung turut membantu golongan yang memerlukan,” jelasnya.

Kenyataan itu turut memberitahu, selain cawangan Puspakom, trak pemeriksaan bergerak juga akan berada di beberapa lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang dan lain-lain.

Lokasi tersebut adalah Lotus’s Bukit Puchong pada 27 Januari ini; Multimedia University (MMU), Cyberjaya pada 31 Januari; Lotus’s Ara Damansara pada 1 Februari dan Multimedia University (MMU) Melaka pada 8 Februari 2024.

Waktu bagi perkhidmatan bergerak ini adalah dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Kempen ini juga turut boleh berpeluang memenangi baucar bernilai RM100 sekiranya membeli insuran dan buat pemeriksaan kenderaan sukarela percuma.

Tambahan pula, Puspakom turut memberi nombor cabutan bertuah bagi baucar bagi nombor plat kenderaan persendirian yang sama sahaja.  HARAKAHDAILY  26/1/2024

- Advertisement -