Konvensyen PAS Kota Bharu tampil Ustaz Idris, Annuar

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Kota Bharu akan mengaktifkan semua program konvensyen selepas kali terakhir ia diadakan pada tahun 2015.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelbagai faktor menyebabkan konvensyen yang dirancang tidak dapat diadakan sebelum ini termasuk penularan pandemik Covid-19.

Katanya konvensyen tersebut akan diadakan pada 17 Februari ini sebagai memenuhi kalendar siri munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS.

“Konvesyen terbabit bakal menampilkan dua figura hebat iaitu Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Tan Sri Annuar Musa,” katanya di sini.

Konvensyen tertutup terbabit akan diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI dengan penyertaan pimpinan PAS seluruh cawangan di Kota Bharu.

Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata, pada konvensyen tersebut juga akan diadakan pembentangan kertas kerja dan perbincangan ucapan dasar presiden daripada wakil dewan-dewan. – HARAKAHDAILY 23/1/2024