KUALA LUMPUR: Obsesi berpolitik yang berlebihan dan fanatik serta penuh kebencian dan permusuhan bernuansa budaya jahiliyah, seperti terjadi dalam Revolusi Arab 1916, mestilah ditolak.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nushi Mahfodz berkata, dalam masa juga umat tidak harus sekali-kali tidak mengabaikan aspek pemerintahan bernegara dengan alasan ingin fokus pada ibadah kerohanian semata.
“Walaupun medan politik terdedah kepada kecaman dan pintu fitnah, serta risiko politikus tergelincir dalam korupsi, (namun PAS) komited dan bersungguh untuk terus beristiqamah terlibat dalam wadah politik.
“(Ini) adalah tanda semangat dan komitmen PAS yang tidak pernah luntur dalam menyatakan yang haq. Selain terus berjuang menjadi jurubicara ummah, memberikan panduan dan penyelesaian Islam dalam segenap isu politik termasuk bernegara dan bermasyarakat,” ujarnya.
Dewan Ulamak PAS tegas beliau, meyakini bahawa jalan terbaik dalam urusan politik adalah ????? ??????????? ???? ????????? dan menyedari tanggungjawab politik adalah sunnah para Nabi terdahulu.
ADUN Semenyih itu menjelaskan, politik bagi PAS adalah jihad berteraskan ilmu dan iman di mana kepada Allah diserahkan segala urusan dan Dewan Ulamak dalam gerak kerjanya berfokus kepada dua peranan.
Iaitu maklumnya, menjuarai isu semasa dengan meletakkan Islam sebagai penyelesaian, dan komitmen serta persediaan sebagai pemacu kemenangan PAS mengisi kemenangan dengan Islam.
Tambah beliau, tradisi politik dan pentadbiran dalam Islam bukanlah perkara baru di mana ia adalah sunnah para Rasul yang telah diwarisi sehingga kini dan sabda Rasulullah SAW menggariskan prinsip kepemimpinan dengan menekankan kesetiaan dan pemberian hak-hak sewajarnya:
“Pemimpin politik Bani Israil ialah para Nabi. Setiap kali wafat seorang Nabi, Allah menggantikan dengan Nabi yang lain untuk memimpin mereka. Dan sesungguhnya tiada lagi Nabi sesudahku (Nabi Muhammad).
“Dan nanti akan ada khalifah-khalifah yang menggantikan kepemimpinanku. Para Sahabat RA pun bertanya, ‘Lalu apa yang kau perintahkan pada kami, wahai Rasul?’
“Baginda menjawab, ‘Penuhilah janji setia pada khalifah yang awal (jangan berpecah belah). Berikan kepada pemimpin akan hak-hak mereka. Sesungguhnya Allah akan menuntut tanggungjawab tentang apa yang mereka pimpin’,” ujarnya memetik hadis Bukhari dan Muslim itu.
Ustaz Nushi juga menyebut imam-imam mazhab fiqh seperti Al-Mawardi, Al-Imam Al-Haramain, Asy-Syaibani, dan Abu Ya’la Al-Farra’ sebagai contoh yang telah memberikan sumbangan sangat berharga dalam menulis kitab rujukan politik dan memberi panduan kepada umat Islam sepanjang zaman. – HARAKAHDAILY 22/1/2024