Solidariti UMMAH buat gerakan rakyat ke Istana negara 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyatakan perbuatan memfitnah institusi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan kesalahan besar mengikut perlembagaan persekutuan dan seharusnya disiasat dengan kadar segera.

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustaffa turut memberitahu UMMAH tidak akan berkompromi dan menolak sebarang penghinaan dan fitnah yang tidak berasas kepada institusi raja khususnya apa yang berlaku terhadap institusi YDPA.

- Advertisement -

Justeru, beliau menyeru agar badan bukan kerajaan (NGO) Islam Melayu untuk turut bersama-sama bersolidariti esok di hadapan pintu Istana Negara

“Ia adalah sebagai tanda sokongan kita kepada institusi raja khususnya YDPA.

Mohd Zai Mustafa

“UMMAH menyokong dan akan bersama-sama bersolidariti menyertai perhimpunan penyerahan memorandum ke Istana Negara esok jam 11 pagi,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut memberitahu bahawa tindakan tegas dan sewajarnya perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada mana-mana pihak tanpa mengira pemimpin tertinggi kerajaan mahupun bukan kerajaan.  HARAKAHDAILY  22/1/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -