Ameerah Sarawak santuni ibu berpantang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai tujuh orang ibu muda yang baru sahaja menimang cahaya mata telah disantuni oleh pasukan Ameerah Care Sarawak menerusi program Ziarah Wanita Muda. 

- Advertisement -

Ketua Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar, Sarawak, Mahani Mumtaz berkata, rata-rata ibu muda yang diziarahi tersebut adalah mereka yang baru melahirkan anak pada bulan Disember 2023 dan Januari tahun ini. 

“Melalui program ini, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara muslimat muda PAS dengan golongan wanita muda. 

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Ameerah Sarawak, Amisa Yunus dan beberapa ahli jawatankuasa Ameerah Sarawak dan Muslimat PAS kawasan.

Menurut Mahani, dalam ziarah kali ini, pihak Ameerah Care turut berkongsi beberapa tips penjagaan bayi buat ibu-ibu yang sedang berpantang.

“Perasaan ibu muda yang baru lepas bersalin perlu dijaga dengan baik dan diberikan penghargaan atas cabaran mereka yang telah mengandungkan anak selama sembilan bulan. 

“Mereka adalah golongan yang mudah terdedah dengan gejala depresi atau dikenali sebagai ‘postpartum depression’ jika kita tidak melayani ibu-ibu ini dengan baik,”kongsinya. 

Tambah beliau, kesemua ibu muda tersebut telah menerima hadiah berupa barang keperluan bayi yang diharapkan sedikit sebanyak dapat menceriakan tempoh berpantang mereka.

“Program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dari semasa ke semasa,” katanya.  HARAKAHDAILY  22/1/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -