DOHA: Menampilkan persembahan lebih baik berbanding ketika tewas 0-4 kepada Jordan dalam perlawanan pertama baru-baru ini, Harimau Malaya bagaimanapun terpaksa akur apabila tewas 0-1 kepada Bahrain.
Gol masa kecederaan jaringan pemain Bahrain, Ali Madan bagaimanapun telah memusnahkan impian Harimau Malaysia untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam aksi Kumpulan E di Stadium Jassim Bin Hamad pada Sabtu.
Biarpun tampil dengan corak serangan balas pantas hampir membuka tirai jaringan menerusi Arif Aiman pada minit ke-15, dan melakukan empat pertukaran dalam kesebelasan utama, namun gol kemenangan Bahrain diperoleh hasil rembatan Ali menerusi jaringan dari luar kotak penalti apabila gagal diselamatkan oleh Ahmad Syihan.
Perlawanan ketiga skuad negara dalam Piala Asia 2023 bakal menyaksikan Harimau Malaya berdepan dengan Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada Khamis (25 Jan) ini. – HARAKAHDAILY 21/1/2024