Pendedahan digital buat usahawan: Kerjasama Kelantan, TM

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri bekerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi memberi pendedahan digital kepada usahawan di Kelantan untuk terus maju dalam  era dunia tanpa sempadan ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, Kelantan terkenal melahirkan melahirkan usahawan segenap bidang.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau menghargai sumbangan diberi oleh Yayasan Telekom Malaysia memberikan tunjuk ajar berguna bagi golongan itu mempertingkatkan lagi capaian selain meningkatkan pengeluaran.

“Satu kumpulan perintis seramai 20 peserta dipilih dari pelbagai latar belakang dan perniagaan, terutamanya dari usahawan golongan B40 dan  usahawan luar bandar.

“Fokus utama adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang dunia pemasaran ekonomi  digital kerana pemasaran adalah antara elemen utama perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada pada program Telekom Malaysia Digitalpreneurship anjuran Yayasan Telekom Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, semalam.

Turut hadir ialah  Pengurus Besar Telekom Malaysia Kelantan, Rozainee Muhamad dan Pengarah Institut Kecil dan Sederhana UMK, Dr Mohd Ikhwan Aziz.

Sehubungan itu, Md Anizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang turut menaruh harapan yang tinggi kepada semua peserta agar dapat mengaplikasikan kaedah pemasaran digital dalam pelbagai wadah media sosial sebaik mungkin.

Beliau berkata, meskipun usaha itu dilihat terlalu mudah dengan hanya menggunakan perantaraan telefon pintar, namun kejayaan tidak akan tercapai tanpa komitmen tinggi.

“Melalui program ini, kerajaan dan juga TM berharap agar peserta dapat meningkatkan jumlah jualan secara keseluruhan serta mampu mengubah tahap sosioekonomi dalam kehidupan masing-masing. 

“Telah banyak kita dengar mengenai kejayaan individu lain dalam dunia ekonomi digital pada hari ini.

“Namun semua kejayaan itu tidak datang melayang atau bergolek, ia memerlukan iltizam dan pengorbanan,” katanya.  HARAKAHDAILY  19/1/2024

- Advertisement -