Bersama peka keselamatan masjid dan surau

- Advertisement -

BATU PAHAT: Semua ahli kariah perlu bersama-sama memberi perhatian dan peka terhadap keselamatan masjid dan surau masing-masing, kata Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Abu Irfan Muhammad Al-Urduni.

- Advertisement -

Menurut beliau, perkara itu susulan kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Parit Simis Darat dan Surau Ar-Raudah Parit Bangas, Seri Medan di sini, baru-baru ini.

“Apa yang berlaku ini menuntut kita untuk lebih peka dan memberikan perhatian kepada isu keselamatan masjid dan surau terutamanya ahli karyah yang berdekatan,” ujarnya.

Beliau mewakili PAS Johor turut mengucapkan tahniah dan penghargaan di atas perhatian yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam menangani isu itu.

“PAS Johor mengucapkan tahniah dan penghargaan di atas perhatian, usaha dan tindakan segera pihak kerajaan Negeri Johor.

“Khasnya YB Exco Agama, YB Adun Seri Medan, pihak berkuasa dan masyarakat setempat bagi memastikan masjid dan surau dapat kembali berfungsi dalam keadaan selamat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. – HARAKAHDAILY 17/1/2024

- Advertisement -