Kalah 0-4 kepada Jordan: Deja vu! Malaysia 

Skuad Harimau Malaya ketinggalan 0-2 kepada kekuatan Jordan hanya selepas 18 minit bermula permainan di Doha, Qatar pada malam tadi, 15 Jan 2024, (FOTO: FAM)
- Advertisement -

DOHA: Deja vu! Selepas pertemuan terakhir skuad kebangsaan menentang Jordan pada 6 Oktober 2021 yang menyaksikan Malaysia tewas 0-4, ia berulang kembali pada malam tadi, waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia) di Pentas Asia AFC 2023 yang menyaksikan Harimau Malaya tumbang 0-4 kepada Jordan.

Dalam aksi sulung kedua-dua pasukan di Stadium Al Janoub, sini menyaksikan kegagalan skuad kendalian Kim Pan Gon itu menyesuaikan diri dengan intensiti perlawanan apabila ketinggalan 0-2 hanya selepas 18 minit bermula permainan.

- Advertisement -

Menerusi satu lagi perlawanan Piala Asia AFC 2023 pada malam tadi, Korea Selatan menepati ramalan apabila mengalahkan Bahrain dengan 3-1,

Sehubungan itu, selepas keputusan pada malam tadi, Harimau Malaya berada di tempat terakhir dalam carta kumpulan E selepas Jordan, Korea Selatan dan Bahrain.

Kedudukan terkini skuad Malaysia dalam carta Kumpulan E Piala Asia AFC 2023 yang kini berlangsung di Doha, Qatar. (FOTO: FAM)

Malaysia bakal berhadapan dengan Bahrain pada Sabtu (20 Jan) ini di Stadium Jassim Bin Hamad, sebelum bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Jan.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik Piala Asia.  HARAKAHDAILY  16/1/2024

- Advertisement -