Empat syarikat China berminat melabur di Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Empat syarikat terkemuka di China menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur di negara ini khususnya di Kedah.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kerajaan negeri telah mengadakan rundingan dengan syarikat terbabit dalam misi pelaburan ke negara ini.

“Syukur Alhamdulillah, dalam rundingan bersama empat syarikat terkemuka di China, mereka menunjukkan minat begitu tinggi untuk melabur di Kedah,” jelasnya pada hantaran di media sosialnya di sini.

Haim dalam rangka lawatan ke negara China mempromosikan Kedah dalam misi pelaburan.

“Saya yakin, hasrat dan harapan untuk membawa masuk lebih ramai pelabur ke Kedah akan tercapai.

“Hal ini selaras dengan hasrat Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjayakan agenda ‘The Greater Kedah’ yang kita dukungi bersama,” tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau yang mengetuai misi pelaburan itu tidak memaklumkan secara terperinci mengenai latar belakang syarikat terbabit.

Rundingan itu turut disertai wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Shanghai. – HARAKAHDAILY 12/1/2024

- Advertisement -