Beri sokongan agar Harakah terus bertapak di pasaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri menyeru ahli dan penyokong parti supaya Harakah terus bertapak di pasaran.

- Advertisement -

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, Harakah satu-satunya akhbar politik yang masih bertahan sehingga ke hari ini.

“Tentunya sarat dengan pelbagai maklumat serta informasi terkini dalam dan luar negara.

“Bersama kita memberi sokongan padu terutama daripada ahli dan penyokong PAS agar akhbar ini terus bertapak di pasaran,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Boleh juga melanggan e-Harakah menerusi laman sesawang http://www.myharakahbazaar.com atau https://harakahdaily.net/index.php/pakej-langganan/ untuk Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 11/1/2024

- Advertisement -