Perlis arah papan tanda premis tulisan jawi

Asrul Aimran Abd Jalil
- Advertisement -

KANGAR: Pemilik dan pengusaha perniagaan di Perlis diwajibkan memaparkan tulis jawi pada papan tanda di premis masing-masing bermula 1 Februari ini.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, walau bagaimanapun, arahan itu dikenakan pada papan tanda baharu yang hendak dipasang di premis masing-masing.

“Matlamatnya untuk hidupkan semula tulisan jawi kepada masyarakat terutama generasi muda yang kini sudah tidak mengenali tulisan ini.

“Selain itu, tulisan Jawi juga merupakan salah satu tulisan asal di negara kita sejak sekian lama dan langkah ini diharap dapat diketengahkan semula kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, jelas Asrul, pihaknya sedang dalam fasa akhir bagi melengkapkan garis panduan pelaksanaan sebelum  ia dikuatkuasakan bermula Februari depan.

Pelaksanaan itu tambah beliau melibatkan kolaborasi bersama antara Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Sekiranya mereka (pemilik perniagaan) gagal mematui garis panduan ini, tindakan menurunkan papan tanda premis berkenaan boleh diambil selepas penguatkuasaan dilakukan kelak,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 10/1/2024

- Advertisement -