Melangkah maju ke arah The Greater Kedah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Dr Haim Hilman Abdullah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepadanya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pelan Strategik Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah tahun 2024-2028.

- Advertisement -

Katanya, kepercayaan itu akan terus menjadi pendorong kuat kepadanya untuk membantu membangunkan negeri itu selaras dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035.

“Terima kasih atas kepercayaan ini dan kita sama-sama akan bekerja keras untuk menjayakan pelan strategik berdasarkan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan bergerak ke arah The Greater Kedah,” jelas beliau melalui pautan di media sosialnya, di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra berkata, sebelum ini permukiman melibatkan anggota Exco Kerajaan Negeri, Adun-Adun dan Ahli Parlimen telah diadakan bagi membincangkan perancangan hala tuju negeri ini dalam tempoh lima tahun.

Terdahulu, Pelancaran Pelan Strategik Portfolio Exco Kerajaan Negeri dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sempena Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman, 8 Januari lalu.

Haim selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi, akan terus memberi khidmat bakti serta menunaikan amanah yang diberikan demi kemajuan dan kemakmuran Kedah sejajar mottonya “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”. – HARAKAHDAILY 10/1/2024

- Advertisement -