ALOR SETAR: Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah (JAMNK) memerlukan dana untuk membaikpulih serta menyelenggara kenderaan yang digunakan oleh jabatan itu untuk kerja-kerja amal.
Pegawai JAMNK, Ahmad Shfparin Khalid berkata, kenderaan itu digunakan untuk membantu masyarakat khususnya kerja-kerja amal, kebajikan dan sukarelawan.
Katanya lagi, pacuan empat roda Mitsubishi Storm itu kebelakangan ini sering mengalami kerosakan menyebabkan kerja-kerja amal pasukan itu agak terganggu.
“‘Kuda perang’ ini banyak jasanya. Kami JAMNK gunakan dalam operasi banjir, menyelamat, kecemasan, kebajikan dan lain-lain kerja amal berkaitan.
“Sejak kebelakangan ini sering berlaku kerosakan dan membantutkan sedikit usaha-usaha amal yang perlu dilaksanakan,” katanya, di sini.
Jelas Shfparin lagi, pacuan empat roda Mitsubishi Storm bukan hanya digunakan untuk kerja-kerja amal di Kedah sebaliknya ke seluruh negara.
Sumbangan boleh terus ke nombor akuan 02011010104981 (BIMB: Unit Amal) atau hubungi beliau (Shfparin) ditalian 017-9059733.
Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Kewangan JAMNK, Mohd Arjuma ditalian 011-28902692 sekiranya inginkan keterangan lanjut. – HARAKAHDAILY 10/1/2024