AFRIKA SELATAN telah memfailkan saman kes genosid terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Turki turut menyatakan sokongan rasmi terhadap tuduhan tersebut.
Angka kematian rakyat Palestin mencecah 22,438 orang dan seramai 57,296 cedera awal Januari 2024 akibat perang antara Israel-Hamas tercetus sejak 7 Oktober 2023.
Israel meneruskan serangan udara di kem pelarian Nuseirat dan Jabalia di bahagian tengah dan utara Gaza.
Malah pertempuran terus berlaku di Khan Yunis yang mengakibatkan kebanyakan penduduk total kehilangan tempat tinggal dan kekurangan makanan serta keperluan asas.
Sementara pihak pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan Presiden Joe Biden menafikan tuduhan yang menyatakan bahawa Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid.
Malah jurucakal Persidangan Keselamatan White House menyatakan bahawa kes yang difailkan oleh Afrika Selatan itu adalah ‘tidak produktif dan tiada merit’.
Sejak bermulanya konflik Israel-Hamas pada Oktober lalu, terdapat pelbagai pihak termasuklah sekutu NATO dan negara-negara lain seperti Afrika dan Turki menyatakan bahawa Israel telah melakukan jenayah dan kekejaman dalam operasi di Gaza.
Dalam pemerhatian operasional perang dakwaan dikemuka banyak saksi dan bukti serta realistik di lapangan melalui laporan media dan bahan bercetak berkenaan dengan Amerika Syarikat.
Meskipun mereka menafikan tentang tindakan pembunuhan beramai-ramai.
Konflik serantau
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan perang di Gaza serta pembunuhan Timbalan Ketua Hamas Saleh al-Arouri di Lubnan sebagai konflik di rantau menjadi lebih besar jika Mahkamah Keadilan gagal bertindak untuk menghentikan keganasan Israel di Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah dan kota suci Baitulmaqdis.
Ini kerana usul dan solusi PBB telah dinyah dengan veto Amerika Syarikat. Jika dunia tidak bertindak untuk menghentikan penjajahan di Masjid Al-Aqsa, dan kota suci Muslim, ia menjadi punca dan pemula mencetuskan perang agama di rantau ini dan kekacauan di seluruh dunia kelak.
Perbuatan ganas dan zalim tanpa nilai kemanusiaan Israel menafikan hak asasi manusia di Palestin dan Gaza sekali gus memperlihatkan regim Zionis lebih kejam daripada tentera Nazi.
Dahulu Yahudi diratah oleh tentera Nazi di Jerman, mereka menagih sokongan dunia dan meraih simpati masyarakat antarabangsa, namun ia tidak membantu mereka memahami makna penderitaan dan kesengsaraan.
Zionis Yahudi merupakan penjenayah dalam semua perundangan manusia pascadigital kerana kekejamannya bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, malah bertentangan dengan etika hidup sebagai manusia dan lebih rakus meratah hak asasi manusia sejagat.
Kekejaman Israel ke atas Gaza tidak tamat sekadar gesaan Amerika Syarikat semata-mata agar sekutunya Israel menjalankan ‘operasi swords of iron’.
Sebaliknya meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan menghentikan kekejaman serta membenarkan lebih banyak bantuan dikirimkan ke Palestin secara mutlak.
Oleh itu, masyarakat perlu menghantar isyarat kemanusiaan dengan memboikot besar-besaran barangan Israel dan rakan sekutunya bagi memberi tekanan kepada ekonomi negara berkenaan.
Penulis ialah Penasihat Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kelantan.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!