Plakad ‘Air Ma(na)Dani’ sambut menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sambutan luar daripada kebiasaan oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika dikunjungi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tular di media sosial, hari ini.

- Advertisement -

Zambry ketika lawatan kerja yang pertama ke universiti terbabit disambut dengan nyanyian daripada pelajar serta paparan plakad, antaranya yang bertulis ‘Air Ma(na)Dani?’.

“Selamat datang, selamat datang YB Menteri, Selamat datang, selamat datang YB Menteri. Kami tak mandi, kami tak mandi, Seri YB, kami tak mandi, kami tak mandi, Seri YB,” antara nyanyian yang dilaungkan.

Kumpulan tersebut turut menyanyikan lagu permohonan maaf kepada Zamri kerana mereka tidak dapat mandi semasa menyambut rombongan tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Difahamkan jabatan air negeri telah menghantar bekalan air menerusi lori tangki ke kampus tetapi masih tidak mencukupi.

Tahun lalu Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju memberikan peruntukan sebanyak RM3,000,000 kepada UMS bagi menyelesaikan masalah air di kampus itu. – HARAKAHDAILY 8/1/2024

- Advertisement -