Pemukiman LPMB DMPM sasar strategi mampan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Lajnah Penerangan dan Media Baharu (LPMB) (Dewan Muslimat PAS Malaysia berjaya mengadakan retreat (pemukiman) tahunannya yang berakhir semalam.

- Advertisement -

Ketuanya, Dr Najihahtussalehah Ahmad berkata, pemukiman itu diadakan bagi merancang strategi bagi penambahanbaikan lajnah berkenaan termasuk penguasaan lebih mampan di media sosial.

“LPHM akan menyasarkan beberapa program baharu di samping memperbanyakkan program penerangan untuk melebar luaskan dakwah di kalangan rakyat Malaysia,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Maklum Najihah lagi, pihaknya juga berhasrat untuk mempertingkatkan lagi usaha memberi kesedaran terhadap isu-isu wanita, keluarga, kanak-kanak dan warga  emas serta golongan kurang upaya (OKU).

Pemukiman yang diadakan di Seri Iskandar, Perak, berlangsung selama dua hari bermula 6 Januari lalu melibatkan 26 peserta dari seluruh negara.

“Sasaran retreat kali ini selain ahli jawatankuasa LPMB peringkat DMPM, termasuk juga ketua penerangan di peringkat Dewan Muslimat PAS negeri seluruh negara. Bagi yang keuzuran digantikan dengan setiausaha lajnah ataupun wakil,” tambah beliau.

Justeru, beliau mengharapkan segala perancangan dan strategi yang telah dirangka dapat memainkan peranan besar dalam menyebarkan kesedaran, pendidikan dan dakwah kepada seluruh lapisan masyarakat.

Dalam pada itu,LPMB juga berusaha untiuk mengangkat nama Dewan Muslimat PAS Malaysia agar lebih tersohor dan dihormati serta menjuarai isu wanita, sosial dan masyarakat. – HARAKAHDAILY 8/1/2024

- Advertisement -