Genosid Gaza hari ke-94: Israel bunuh wartawan, Hizbullah

Wissam al-Tawil (kiri) dan Hamza Dahdouh merupakan dua mangsa terbaharu korban kekejaman tentera Zionis Israel.
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Serangan tidak berperikemanusiaan yang lebih kepada pembunuhan beramai-ramai atau genosid penduduk Palestine oleh Zionis Israel  di Semenanjung Gaza yang dikepung pada hari ini, Isnin (8 Jan 2024) memasuki hari ke-94. Sejak serangan dimulakan pada 7 Okt 2023 berikut ialah perkembangan terkini:-

- Advertisement -
  • Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan, seramai 73 rakyat Palestin terbunuh dan 99 cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak 24 jam lalu.
  • Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, nasib seramai 600 pesakit dan pekerja kesihatan di  Hospital Syahid Al-Aqsa Gaza ‘tidak diketahui’.
  • Sehingga kini, sejak serangan 7 Okt 2023 Zionis, sekurang-kurangnya 22,835 penduduk Palestin terkorban  termasuk 9,600 kanak-kanak.
  • Serangan udara berasingan Israel yang dilaporkan pada hari ini, Isnin (8 Jan) telah mengorbankan  ahli keluarga dua wartawan Palestin di Gaza. Ahmad al-Batta, seorang wartawan Al Araby yang berpangkalan di Qatar, kehilangan ibunya dan beberapa ahli keluarganya yang lain dalam satu serangan. Al Araby mengesahkan berita itu dengan menyiarkan video saat al-Batta mendengar berita itu di telefon, sambil ditenangkan oleh rakan-rakan sekerjanya. Sementara itu seorang wartawan saluran televisyen Palestin, Sameer Radi pula kehilangan isteri dan dua anaknya dalam serangan udara Zionis lahanat. Video itu menunjukkan Sameer memegang mayat anaknya yang berbalut.
  • Serangan Zionis Israel turut  membunuh dua wartawan Palestin yang menaiki kereta pada Ahad (7 Jan), termasuk Hamza Dahdouh, anak kepada ketua biro Al Jazeera di Gaza, Wael Dahdouh.
  • Sementara itu, Komander kanan Hizbullah yang dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel telah dikenal pasti sebagai Wissam al-Tawil, juga dikenali sebagai Jawad yang merupakan Timbalan Ketua Unit dalam pasukan elit Radwan. Sumber keselamatan yang tidak dinamakan memberitahu agensi berita, Reuters bahawa al-Tawil  dan seorang lagi pejuang Hizbullah terbunuh apabila kereta dinaiki mereka dibom oleh serangan udara Zionis di sebuah kampung di Lubnan, Majdal Selm. Pembunuhan itu berlaku ketika Setiausaha Negara AS, Antony Blinken tiba di Israel lewat pada hari Isnin dalam usaha untuk meredakan ketegangan yang semakin meningkat dan ancaman perang Timur Tengah yang lebih meluas. Terdahulu, Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah memberi amaran kepada Israel dalam dua ucapan di televisyen minggu lalu supaya tidak melancarkan perang besar-besaran ke atas Lubnan. “Sesiapa yang memikirkan perang dengan kami … akan menyesal,” tegasnya.  HARAKAHDAILY  8/1/2024
- Advertisement -