Bakal menentang Palestin: Iran perlu tunjuk kekuatan

Karim Ansarifard (kiri) di samping rakan-rakan pasukan bola sepak Iran. (FOTO: Team Melli)
- Advertisement -

TEHRAN: Iran perlu menunjuk dan membuktikan kekuatan pasukan bola sepak negara itu dalam perlawanan menentang Palestin.

Kapten bola sepak kebangsaan Iran, Karim Ansarifard berkata mereka perlu menunjukkan betapa kuatnya  pasukan itu apabila menentang Palestin dalam perlawanan pembukaan Piala Asia AFC 2023.

- Advertisement -

Pasukan Melli itu dijadualkan bertemu Palestin dalam Kumpulan C pada 14 Jan ini, yang turut menyaksikan ia juga akan menentang Hong Kong dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor Tehran News.

“Kem latihan kami di Pulau Kish dan juga perlawanan persahabatan menentang Burkina Faso akan membantu kami langkah besar di Qatar,” ujar Ansarifard sambil menambah bahawa kesemua ahli pasukannya kini bersedia untuk pertandingan itu.

“Kami mahu menggembirakan rakyat negara kami, sebab itu kami berada di sini (Qatar). Kami perlu melihat sejauh mana kekuatan pasukan Iran apabila bertemu Palestin dalam perlawanan pertama kami. 

“Saya rasa kita boleh membuat impak dalam edisi ini. Kejohanan ini akan menyatukan pasukan terbaik Asia tetapi kami juga sudah bersedia untuk acara itu,” katanya.  HARAKAHDAILY  8/1/2024

- Advertisement -