Terengganu hasil benih padi tetapi tiada syarikat diberi lesen

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Terengganu mempunyai 500 hektar sawah yang menghasilkan benih padi tetapi tiada syarikat di negeri ini yang diberikan lesen benih padi sah.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, isu utama benih padi ialah mahal dan payah hendak mendapatkannya.

Menurutnya, di negara ini ada 12 syarikat pembekal benih padi sah yang dilesenkan Kementerian Pertanian tetapi tiada satu pun dari Terengganu.

“Di Terengganu ada seluas 500 ha sawah yang menghasilkan padi benih. Bila padi benih ini dituai, ia dihantar untuk diproses Syarikat Gerbang Selatan di Johor.

“Bila pesawah Terengganu nak tabur benih, padi benih dibawa semula ke Terenganu. Main gi mari gitu jah.

“Sedangkan di Terengganu kita ada Loji Pemprosesan Benih Padi di Ajil Hulu Terengganu. Tapi tak ada syarikat dari Terengganu diberikan lesen benih padi sah,” ujarnya.

tulisnya menerusi laman sosial sambal menyatakan berada di Kedai Kopi Sri Tanjung yang merupakan kampung tempat ‘buat padi’.

Menurutnya, beliau menceritakan sedikit senario itu agar dapat difahami bahawa bekalan benih padi sepenuhnya bawah bidang kuasa kementerian.

“Tiada sikit pun bidang kuasa negeri,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman sosial sambIl menyatakan berada di Kedai Kopi Sri Tanjung yang merupakan kampung tempat ‘buat padi’. (Foto atas)

Jelasnya lagi, dengan kemampuan yang ada, kerajaan negeri sudah usaha sebaiknya bagi memajukan sektor padi Terengganu.

Dr Azman memberi contoh, bagi tahun 2023, kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM6 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pembangunan sistem pengairan dan saliran dibantu oleh Kerajaan Persekutuan lebih kurang RM600,000.

“Peruntukan kerajaan negeri 10 kali ganda lebih besar. Ini terjemahan dari keseriusan kita,” katanya yang juga Adun Jabi, Setiu. – HARAKAHDAILY 7/1/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -