Langkah Dubai bukan dari pembangkang

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

KUANTAN: “Langkah Dubai dinyatakan oleh kerajaan dan dinafikan oleh kerajaan, bukan dinyatakan oleh pembangkang tetapi dilawan oleh kerajaan,” kata Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin.

- Advertisement -

Khairil berkata, rakyat boleh menilai sama ada agenda yang diwujudkan itu benar atau salah.

“Sebab ia dikeluarkan daripada kerajaan dan dijawab kembali oleh kerajaan. Itulah kehebatan kerajaan Madanon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Hi-Tea Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, bersama rakan media negeri ini di D’Banquet Event & Mana-mana Cafe Jalan Teluk Sisek di sini, petang semalam.

Mengulas berhubung pertukaran kerajaan kata beliau, perubahan boleh dilakukan berlandaskan tempat perlembagaan persekutuan.

“Sama ada dibuat di Kuantan ataupun langkah Tanjung Lumpur, Jerantut, Temerloh, di mana-mana sahaja boleh dibuat mesti dalam kerangka kerajaan persekutuan.

“Boleh based kepada kenyataan Anwar daripada dahulu ia menjadi perdana menteri menunggu sehingga (hampir) menjadi PM sikit lagi pada tahun 2022, setiap kali itu beliau kata ada numbers, jadi kenapa pada waktu itu tidak dikatakan dia penderhaka? Sebab asasnya ialah ia selari dengan pendekatan perlembagaan,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, kerajaan boleh diubah dengan syarat perdana menteri tidak mendapat sokongan daripada ahli parlimen.

Katanya untuk mendapat sokongan daripada ahli parlimen ia tidak perlu kepada penukaran parti.

“Apa yang berlaku kepada ahli parlimen Perikatan Nasional lima orang yang menyokong secara terbuka kepada Anwar, mereka tidak dikenakan akta lompat parti, tidak diperlukan untuk kosongkan kerusi.

“Jadi kalaulah berlaku sebarang pertemuan dan sebagainya stay the rumors tiada masalah dan hasil-hasil tidak panas untuk kita memanaskan politik dalam negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/1/2024