TOKYO: Jumlah kematian meningkat ketika penyelamat bergelut untuk sampai ke kawasan yang paling teruk dilanda susulan gempa bumi magnitud 7.6 pada skala Richter melanda tiga wilayah pantai barat tengahnya selepas beberapa siri gempa bumi di Laut Jepun, pada pada tengah hari waktu Jepun pada Isnin (1 Dis).
Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh menyebabkan penduduk di kawasan pantai melarikan diri ke kawasan lebih tinggi ketika amaran tsunami dikeluarkan semalam, tetapi kemudian ditarik semula pada hari ini, Selasa (2 Jan).
Terdahulu, gempa bumi itu menyebabkan enam orang maut di Ishikawa, dan berpuluh-puluh lagi cedera di empat wilayah lain, termasuk Toyama dan Niigata, lapor penyiar awam Jepun NHK, memetik data daripada hospital dan pihak berkuasa tempatan.
Beribu-ribu anggota tentera, bomba dan pegawai polis dari seluruh Jepun dihantar ke kawasan yang paling teruk terjejas di semenanjung Noto yang agak terpencil, di wilayah Ishikawa.
Menteri Pertahanan Jepun, Minoru Kihara berkata, Kementerian Pertahanan menghantar 1,000 anggota tentera untuk membantu usaha menyelamat dan pemulihan.
Namun, usaha menyelamat telah dihalang oleh jalan raya yang rosak teruk dan tersumbat di wilayah itu, dan salah satu lapangan terbang di kawasan itu terpaksa ditutup kerana keretakan di landasannya.
Syarikat Hokuriku Electric Power pada hari ini pula berkata, kira-kira 45,700 isi rumah terputus bekalan elektrik di wilayah Ishikawa tengah Jepun akibat gempa bumi tersebut. – HARAKAHDAILY 2/1/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!