Piala Negara-Negara Afrika: Salah ketuai cabaran Mesir

Mohamed Salah bakal mengepalai Mesir pada Piala Negara-Negara Afrika di Ivory Coast,. (FOTO: NBC News)
- Advertisement -

KAHERAH: Mohamed Salah akan mengepalai Mesir pada Piala Negara-Negara Afrika di Ivory Coast, dalam mengemudi skuad 27 pemain yang telah disenaraikan oleh jurulatih, Rui Vitoria.

Barisan pemain itu termasuk semua kecuali dua daripada kesebelasan utama untuk final Piala Negara-Negara terakhir dua tahun lalu, apabila Mesir tewas menerusi sepakan penalti kepada Senegal di Yaounde.

- Advertisement -

Namun pemain berusia 22 tahun, Ahmed Nabil Kouka meraih panggilan pertama untuk mewakili Mesir pada bulan Jun lalu membantu pasukan bawah 23 tahun Mesir layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan juga bermain untuk gergasi Kaherah Al Ahly pada Piala Dunia Kelab di Arab Saudi pada bulan lalu, lapor Reuters.

Mesir bakal bersaing dalam Kumpulan B dalam kejohanan di Ivory Coast, memulakan kempen mereka di Abidjan menentang Mozambique pada 14 Januari ini. 

Pasukan itu juga bertemu Ghana dan Kepulauan Cape Verde dalam kumpulan pusingan pembukaan mereka.

Senarai penuh skuad Mesir terdiri daripada penjaga gol, Mohamed Abou Gabal (National Bank), Ahmed El Shennawy (Pyramids), Mohamed El Shennawy (Al Ahly), dan Mohamed Sobhi (Zamalek)

Sementara barisan pertahanannya terdiri daripada Mohamed Abdelmoneim (Al Ahly), Ahmed Fatouh (Zamalek), Ali Gabr, Osama Galal, Mohamed Hamdy (Pyramids), Mohamed Hany (Al Ahly), Ahmed Hegazi (Al Ittihad), Omar Kamal (Future), dan Ahmed Samy (Pyramids)

Emam Ashour (Al Ahly), Marwan Attia (Al Ahly), Mohamed Elneny (Arsenal), Hamdi Fathi (Al Wakrah), Mahmoud Hamada (Al Masry), Ahmed Nabil Kouka (Al Ahly), dan Ahmed Zizo (Zamalek) pula mengisi bahagian tengah Mesir.

Posisi serangan Mesir kelak pula menampilkan Mostafa Fathi (Pyramids), Mahmoud Kahraba (Al Ahly), Ahmed Hassan Kouka (Pendikspor), Omar Marmoush (Eintracht Frankfurt), Mostafa Mohamed (Nantes), Mohamed Salah (Liverpool), dan Mahmoud Trezeguet (Trabzonspor).  HARAKAHDAILY  1/1/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!