Ribuan anak muda Terengganu, Kelantan rai ulama

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Di kala ramai yang mencaci, menghina dan memfitnah ulama dengan tujuan untuk membunuh karakter ikon agama, sebaliknya rakyat Terengganu dan Kelantan terus rai golongan terbabit.

Semalam murabbi sejuta ummah, Ustaz Azhar Idrus diraikan ribuan anak muda.

- Advertisement -

Program ‘Indahnya Hidup Bersyariat’: Bicara Daie Ummah Nusantara itu dihadiri anak muda bermotosikal seolah-olah acara permotoran yang boleh disingkapkan betapa ramai yang datang untuk meraikan dan menimba ilmu yang diadakan secara besar-besaran.

Program terbabit diserikan dengan ‘Santai Maghrib bersama Ustaz Azhar, sebelum menampilkan Pendakwah Nusantara, Prof Dr Ustaz Abdul Somad.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program mega berkenaan diadakan untuk menzahirkan manifestasi kerajaan negeri bagi menonjolkan usaha membangun serta membentuk modal insan kalangan rakyat secara holistik dan komprehensif.

“Sebagaimana yang digariskan di dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) bagi mencapai visi PITAS itu sendiri iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.

“Konklusinya, saya mengharapkan Program Indahnya Hidup Bersyariat : Bicara Daie Ummah bersama Prof Dr Ustaz Abdul Somad memberi 1,001 manfaat kepada kita semua sejajar dengan kerajaan yang menggerakkan agenda dakwah di tangga tertinggi pemerintahan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program tersebut yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Nor Hamzah di Dataran Shahbandar di sini, semalam. – HARAKAHDAILY 30/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!