Perlis tampil kelainan sambutan ambang 2024

Muhammad Azmir Azizan
- Advertisement -

KANGAR: Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 akan disambut dengan cara agak berbeza kali ini.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pembangunan Insan negeri, Ustaz Muhammad Azmir Azizan, ia bertujuan bagi mendekatkan masyarakat dengan majlis ilmu dan hiburan Islam.

“Kerajaan negeri akan membuat sedikit kelainanan sempena sambutan Tahun Baharu 2024. Rakyat akan lebih didedahkan dengan majlis ilmu dan hiburan Islami di samping mendengar pengisian daripada agamawan jemputan,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Jelasnya lagi, Ambang Tahun Baharu 2024 yang akan diadakan di Dewan 2020, bermula dari jam 6.30 petang hingga 12.30 pagi dan hadirin digalakkan membawa sejadah, tikar dan memakai pelitup muka.

“Antara acara yang akan diadakan nanti termasuklah persembahan nasyid dan pelancaran stremer hayya ‘ala solah,” tambah beliau.

Sementara katanya lagi, ‘Talk Show Aid4Palestin’ yang menggandingkan tiga tokoh terkenal iaitu Mufti Perlis, Profesor Dato’ Arif Perkasa, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Aid4Palestine Malaysia, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dijangka menjadi acara paling istimewa malam itu. – HARAKAHDAILY 28/12/2023

- Advertisement -