NGO hantar bantuan kecemasan mangsa banjir di Thailand

- Advertisement -

YALA: Pertubuhan DMDI Thailand turut mengembling tenaga menghantar bantuan kecemasan kepada mangsa banjir di selatan Thailand.

- Advertisement -

Setiausaha Agungnya Suhaimi Ismail berkata, bantuan itu dihantar menggunakan bot laju ke tempat yang ditenggelami air paling teruk di Kampung Badul, Saga dan Mada Daerah Muang Wilayah Yala.

“Kawasan tebing sungai bersebelahan Perbandaran Yala terjejas teruk akibat banjir,” katanya pada perkongsian di media sosialnya.

Media sebelum ini melaporkan banjir yang bermula 22 Disember lalu di selatan Thailand menjejaskan 70,000 rumah penduduk meliputi wilayah Satun, Songkla, Pattani, Yala dan Narathiwat.

Setakat ini enam penduduk dilapor menjadi terkorban akibat banjir termasuk seorang wanita warga emas berusia 89 tahun dan kanak-kanak di Narathiwat.

Selain itu seorang lagi masih hilang. Hujan beberapa hari menyebabkan banjir mencecah sehingga tiga meter di beberapa lokasi.

Malah terdapat rakaman video ada rumah penduduk hanyut akibat arus deras. Ada juga penduduk terpaksa berlindung di atas bumbung rumah.

Malah pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamat mangsa yang dibawa arus deras.

Suhaimi juga berkata, air terjun tertua di Sipo Tanjung Mas, Narathiwat bertukar wajah akibat banjir. – HARAKAHDAILY 28/12/2023

- Advertisement -