Masih banyak kampung belum disambung bekalan elektrik

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang hari ini dibuka selepas ditutup akibat banjir.

- Advertisement -

Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan memberitahu ICQS dibuka semula ekoran banjir semakin pulih.

Sementara itu TNB Careline pada kenyataan di laman sosialnya memberitahu terdapat beberapa kawasan yang disambung bekalan elektrik setelah air surut dan pepasangan elektrik TNB berada dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun katanya, sehingga jam 4 petang 27 semalam kawasan yang belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB iaitu Kubang Rambutan, Sekolah Menengah Ugama Al Falah, Booster Jeram Perdah, Balai Polis Jeram Perdah, Bongor, Bukit Lata, Taman Gemilang.

Selain itu JPS Pengkalan Rakit, Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh, Terusan, JPS Bakat 2, Pusat Penyembelihan GP, Merbau Serongga, Serongga, Gual Pinang, Kuin Merah, Gual Nering, JPS Bendang Guchil, Sekolah Kebangsaan Gual Sitok.

Gual Sitok, Kebakat, Gual Petai Beruk, Gual Bunut, Kubang Kual, Kusar,
Gertak Nombor 3, Tasek Permai, Unit Pencegahan Penyeludupan Rantau Panjang, Gual Tokdeh, Kedap.

Taman Desa Wira Jaya 2-3, Prima Lubok Jong 1-3, Taman Desa Wira,
Taman GM Vista, Ladang Ayam Bukit Saji, Putat 7 dan Taman Rantau Baru.

“Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” katanya.

TNB juga memberi peringatan jangan hidupkan peralatan eletrik sekiranya dalam keadaan basah atau dilitupi air kesan kekotoran banjir.

“Jika banjir sudah surut tetapi belum menerima bekalan elektrik, besar kemungkinan pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis belum selamat untuk diaktifkan,” ujar TNB.

Sementara itu Adun Gual Periok Kamaruzaman Mohamad berkata, beliau sudah menghubungi TNB Pasir Mas berkenaan bekalan elektrik di Kampung Kubang Rambutan dan kawasan sekitarnya yang masih terputus.

Katanya, sekarang TNB sedang dalam proses membaik pulih bekalan elektrik kerana ada dua rumah yang runtuh akibat banjir.

“Pihak TNB memberi komitmen untuk selesaikan masalah itu secepatnya mungkin,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!