MPKB-BRI jalin kerjasama pelbagai agensi atasi masalah rakyat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengatasi masalah longkang tersumbat hingga berlaku banjir kilat.

- Advertisement -

Yang Dipertuanya, Mohd Anis Hussein berkata, pihaknya bersama pelbagai jabatan, agensi milik kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah berbangkit untuk keselesaan orang ramai.

Menurutnya, apabila gerak kerja disusun bersama, pelbagai langkah dapat diseragamkan bagi menyelesaikan pelbagai masalah termasuk longkang tersumbat.

“Menerusi pertemuan serta perbincangan, kita akan cuba selesaikan semua masalah yang berbangkit,” katanya pada perjumpaan bersama petugas media Kelantan, di sini hari ini.

Program Ramah Mesra YDP MPKB-BRI bersama media yang diadakan di Dewan Bunga Raya MPKBI-BRI. Turut hadir pegawai kanan MPKB BRI dan Ahli Majlis MPKB BRI Nor Azariza Mohd Alawi.

Menurut Mohd Anis kerjasama itu amat membantu bagi menyelesaikan masalah selain memudahkan perancangan gerak kerja bersama mengikut perancangan.

Beliau juga berharap kerjasama lebih utuh dengan media dapat dijalin bagi membolehkan pelbagai maklumat dapat disalur kepada warga bandar.

“Hubungan erat dapat dijalin di samping petugas media mendapat maklumat lebih tepat mengenai MPKB-BRI. Kita berharap pertemuan ini sentiasa wujud antara kedua belah pihak,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!