BANGKOK: Thailand akan menaikkan gaji minimumnya pada Januari 2024, dan merancang untuk menaikkannya lagi pada Mac.
Perdana Menteri, Srettha Thavisin pada hari ini, Selasa (26 Dis) mengesahkan perjanjian sebelum ini, bahawa sebuah jawatankuasa gaji, terdiri daripada wakil kerajaan, majikan dan pekerja, bersetuju untuk menaikkan gaji minimum harian sebanyak 2.37 peratus, berkuat kuasa pada Januari, tetapi Srettha menganggap kenaikan itu terlalu rendah.
Parti Pheu Thai di bawah pimpinan Srettha berkempen di platform populis sebelum ini dengan rancangan utama untuk menaikkan gaji minimum harian kepada 400 baht (RM53.52), lapor Deccan Herald.
Sementara Menteri Buruh, Phipat Ratchakitprakarn dalam kenyataannya kepada pemberita berkata, “ Satu lagi siasatan yang meliputi kadar gaji tempatan dan kumpulan profesional akan berakhir pada Mac… (untuk menentukan) kawasan dan kumpulan yang boleh meningkatkan gaj.
Gaji minimum semasa di Thailand pada ketika ini ialah antara 328 dan 354 baht (RM43.87 hingga RM47.35), yang berbeza-beza antara bahagian yang berlainan di negara ini dengan jawatankuasa bersetuju untuk menaikkan julat ambang gaji kepada antara 330 baht dan 370 baht (RM44.16-RM49.50). – HARAKAHDAILY 26/12/2023