KUALA LUMPUR: Kakitangan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd (GMSB) telah mengadakan pertemuan mahabbah bersama Pengerusi Harakah, Datuk Idris Ahmad di Ibu Pejabat Harakah, Jalan Pahang, di sini, hari ini.
Pertemuan tersebut diadakan susulan pertukaran Ketua Eksekutif Harakah (CEO), Ahmad Fadhli Shaari serta Ketua Pegawai Operasi (COO), Khairul Nadzir Helmi Azhar.
Dalam ucapan rIngkas, Idris berkata, akhbar Harakah tetap beroperasi berbanding dengan media-media parti lain yang sudah tiada.
Beliau menginginkan Harakah melakukan perubahan yang lebih baik pada masa kini.
Katanya, PAS juga akan berusaha bagi memastikan kelestarian Harakah akan terjamin.
Sementara itu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat mahu akhbar Harakah menjadi agen terpenting dalam penerangan.
Katanya, wartawan perlu memainkan peranan penting dalam penerangan meskipun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan.
Khairul Nadzir turut mengingatkan kakitangan Harakah bahawa akhbar rasmi PAS itu mempunyai potensi besar untuk lebih maju dan mampu mencapai sasaran selepas perstrukturan baharu.
Katanya, seluruh kakitangan Harakah perlu menyesuaikan diri dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam sesebuah organisasi kerana SOP akan berubah dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 21/12/2023