Penduduk Kampung Setia Jaya perlu diberi peluang

Penduduk Kampung Setia Jaya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini, 19 Dis 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Setia Jaya di Setapak,di sini perlu diberikan peluang untuk pemilikan tanah.

- Advertisement -

Ini susulan Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan pemilikan Kampung Setia Jaya kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR)

Pengerusi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata demikian sambil menambah bahawa kerana penduduk kampung tersebut perlu diberikan peluang untuk budi bicara oleh pihak mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Namun dalam kes ini, perkara tersebut tidak berlaku dan terus beri keputusan Kampung Setia Jaya jadi milik KTAR dan bukan milik penduduk itu sendiri,” katanya kepada HarakahDaily.

Tambah beliau, penduduk Kampung Setia Jaya itu sendiri telah memohon tanah tersebut jauh lebih awal lagi berbanding dengan pihak KTAR  tetapi tidak dipertimbangkan oleh mahkamah.

“Jadi, peguam penduduk kampung ini akan membuat rayuan di mahkamah rayuan dan saya bersama-sama parti PUTRA akan mohon menjadi pencelah dalam kes ini juga,” ujarnya.

Ibrahim Ali (tengah) dalam sidang media di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian selepas membuat Sidang Media Isu Penempatan Kampung Setia Jaya yang bertempat di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ibrahim turut berkongsi mengenai sejarah ringkas Kampung Setia Jaya yang mana penduduknya  terdiri daripada bekas-bekas tentera telah mula memasuki kawasan tersebut pada awal 1970-an.

Beliau memberitahu, mereka mula meneroka kawasan tersebut atas kehendak Allahyarham Mantan Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak melalui projek buku hijaunya ketika itu.

“Yang tersiratnya hasrat beliau ialah untuk menambah penduduk Melayu dalam Kuala Lumpur itu sendiri.

Penduduk Kampung Setia Jaya menyifatkan mereja telah ditindas tiada peluang perbicaraan diberikan oleh pihak mahkamah.

“Jadi dari situ, penduduk kampung ini telah belajar bercucuk tanam dan seumpamanya ketika membuat penerokaan tetapi apabila mohon tak dapat manakala UTAR pula yang dapat,” dedahnya.

Beliau mempersoalkan bagaimana UTAR boleh mendapat hak pemilikan tanah tersebut dan tujuannya memandangkan terdapat lagi kawasan UTAR itu sendiri yang masih kosong. 

“Memandangkan perkara ini melibatkan parti politik saya juga nak tahu siapa Lembaga Pengarah UTAR pada masa itu dan mengapa mereka inginkan sangat tanah Kampung Setia Jaya ini sedangkan penduduknya dah menetap amat lama iaitu sejak 1970-an lagi?” soalnya. 

“Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan walau apa pun kerana nasib penduduk-penduduk Kampung Setia Jaya harus dibela dengan penuh keadilan,” katanya.  HARAKAHDAILY 19/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!