Pendapatan 7 bulan minyak Iran cecah RM17.4 bilion

- Advertisement -

TEHRAN: Iran memperoleh 1.95 kuadrilion rial (RM3.7 bilion) daripada jualan minyak mentah dan kondensat gas dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun kalendar Iran semasa (21 Mac hingga 22 Oktober 2023)

- Advertisement -

Berdasarkan data yang dikeluarkan Pusat Penyelidikan Parlimen Iran (IPRC), merujuk aliran semasa, hasil minyak negara itu dijangka mencecah 4.37 kuadrilion rial (RM41 bilion) menjelang akhir tahun (akhir Mac 2024), lapor agensi berita Mehr.

Data yang disebutkan menunjukkan bahawa, dengan mengambil kira sasaran yang ditetapkan untuk hasil industri minyak dalam rang undang-undang belanjawan negara tahun semasa (iaitu 6.03 kuadrilion rial atau RM59.1 bilion), menjelang akhir tahun semasa, kerajaan Iran dijangka hanya akan merealisasikan 72 peratus daripada hasil minyak yang disasarkan dalam rang undang-undang bajet.  HARAKAHDAILY 18/12/2023

- Advertisement -