Man City lawan Copenhagen aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara

Juara bertahan, Manchester City Juara bertahan Manchester City bakal berdepan dengan FC Copenhagen. (FOTO: Getty Images)
- Advertisement -

PARIS: Juara bertahan Manchester City akan menentang FC Copenhagen dan Arsenal akan menentang FC Porto dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Kedua-dua pasukan Inggeris yang kekal dalam pertandingan itu, Man City dan Arsenal memenangi kumpulan mereka masing-masing, dan merupakan antara lapan pasukan pilihan dalam undian itu.

- Advertisement -

Ini bermakna kedua-dua Man City dan Arsenal akan beraksi dalam perlawanan kedua di laman sendiri selepas masing-masing bertandang ke Denmark dan Portugal untuk perlawanan pertama.

Cabutan liga juara  turut menyaksikan Barcelona bakal bersaing dengan Napoli, Atletico Madrid lawan  Inter Milan, RB Leipzig dengan Real Madrid, dan PSV Eindhoven berdepan Borussia Dortmund.

Juara Ligue 1 Paris Saint-Germain yang muncul naib juara kumpulan mereka dan bakal menemui saingan Real Sociedad, dan gergasi Bundesliga Bayern Munich akan menentang Lazio, yang kini menduduki tempat ke-11 dalam Serie A.

CABUTAN LIGA JUARA

*FC Porto lwn Arsenal

*Napoli lwn Barcelona

*Paris St-Germain lwn Real Sociedad

*Inter Milan lwn Atletico Madrid

*PSV Eindhoven lwn Borussia Dortmund

*Lazio lwn Bayern Munich

*FC Copenhagen lwn Manchester City

*RB Leipzig lwn Real Madrid  HARAKAHDAILY 18/12/2023

- Advertisement -