Al-Sisi kekal Presiden Mesir hingga 2029

Abdel Fatah Al-Sisi meraih majoriti undi selesa untuk kekal sebagai Presiden Mesir. (FOTO: Facebook Abdel Fatah Al-Sisi)
- Advertisement -

KAHERAH: Presiden Abdel Fatah Al-Sisi mencapai kemenangan dalam pilihan raya presiden Mesir bulan ini, meraih penggal ketiga dalam undian yang keputusannya telah dijangka tetapi dipuji oleh penyokong sebagai mandat yang jelas untuk enam tahun lagi pemerintahan, ketika negara itu berdepan dengan ekonomi yang merudum dan perang yang melanda negara jirannya, Semenanjung Gaza.

Sisi, orang kuat dan bekas jeneral yang naik ke tampuk kuasa selepas rampasan kuasa pada 2013, menerima hampir 90 peratus undi (89.6%), kata pegawai pilihan raya dalam sidang akhbar pada hari ini, Isnin (18 Dis). 

- Advertisement -

Segelintir calon yang kurang dikenali yang bertanding menentang Sisi – tiada seorang pun daripada mereka yang menimbulkan cabaran yang boleh diyakini dengan hanya  menerima kira-kira 10 peratus undi antara mereka.

Hanya di bawah 67 peratus, menurut Pihak Berkuasa Pilihan Raya Kebangsaan, peratusan keluar mengundi itu bagaimanapun adalah lebih tinggi berbanding pada 2014 dan 2018, yang mana Ahmed Bendari, pengarah badan itu, menyebutnya sebagai  ‘belum pernah terjadi’ dalam sejarah Mesir.

Sisi telah pun berkhidmat dua penggal empat tahun; pindaan perlembagaan pada 2019 membuka jalan untuk beliau kekal memegang jawatan sehingga 2030, tetapi beliau mengepalaikan sebuah negara yang dikelilingi  hutang, meruncing dari segi ekonomi dan hidup berjiran dengan Gaza dalam  konflik kejam Zionis Israel  tanpa pengakhiran yang mudah.

Satu-satunya lawan serius Sisi, bekas ahli parlimen Ahmed Tantawy, tidak dapat menyertai undian selepas penyokong disekat daripada menyokongnya.

Ahli keluarga dan kakitangan kempen Tantawy telah ditangkap atau diganggu dan beliau telah  didakwa bulan lalu atas tuduhan kumpulan hak asasi yang disifatkan sebagai bermotifkan politik.

Media Mesir, hampir keseluruhannya milik kerajaan, memuji pencapaian Sisi sambil memberikan sedikit masa siaran kepada tiga pencabarnya. 

Kebanyakan pengundi yang ditemu bual di seluruh ibu negara Mesir semasa tempoh pengundian tiga hari minggu lepas mengakui tidak pernah mendengar tentang calon-calon lain.

Bagi Sisi dan penyokongnya, semuanya adalah mengenai penonjolan dirinya dalam mempersembahkan auranya dalam khalayak umum.

Papan iklan yang memaparkan wajahnya bersama slogan “Kami semua bersamamu” dan “Kekasih orang Mesir”  terpampang di tepian lebuh raya Kaherah menjelang pengundian. Sepanduk kempennya diletakkan di  kebanyakan jalan-jalan utama.

Di tapak mengundi di Sayeda Zeinab, kejiranan kelas pekerja di tengah Kaherah, sukarelawan yang memakai kemeja-T terpampang dengan wajah presiden menyekat pengundi ke dalam barisan. 

Berhampiran Dataran Tahrir, pusat revolusi Arab Spring 2011, lelaki dan wanita muda berarak di jalan yang luas di belakang sepanduk “Sisi untuk presiden”.

Ramai rakyat Mesir di luar tempat mengundi pada hari Isnin menyifatkan mengundi sebagai kewajipan sivik.

“Saya perlu memberikan pendapat saya,” kata Rasha Ashour, 40, seorang juruteknik pemakanan dari kejiranan kelas pekerja di Basateen. 

“Kami mahu negara menjadi lebih baik jadi kami cuba menyokongnya untuk menjadi lebih baik.”

Walid, 58, seorang ahli perniagaan berpakaian segak yang mengundi di pusat bandar Kaherah, menegaskan ia adalah ‘pilihan raya yang bebas dan adil’.

“Tiada siapa yang menipu. Kami mengundi pilihan kami, presiden kami,” ujar Walid, bercakap dengan syarat dia dikenali dengan nama pertamanya sahaja, atas sebab privasi. 

“Dia (Sisi) telah melakukan kerja yang hebat. Dia melindungi negara kita,” katanya.  HARAKAHDAILY 18/12/2023

- Advertisement -