Perlis tidak benar hiburan melalaikan sambut tahun baharu

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Kerajaan Perlis tidak membenarkan sebarang program hiburan melalaikan menjelang tahun baharu 2024 tidak lama lagi.

- Advertisement -

Sebaliknya kata Menteri Besar Mohd Shukri Ramli, pihaknya akan menganjurkan Ceramah Aid for Palestin bagi meraikan sambutan tersebut.

“Satu program besar-besaran sambutan tahun baharu akan diadakan pada malam tersebut bermula jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam di Dewan 2020.

“Antara pengisian yang bermula dengan solat maghrib berjemaah, bicara tahun baharu, solat Isyak dan ceramah khusus berkaitan Palestin.

“Kita juga akan adakan persembahan nasyid pelajar-pelajar sekolah,” katanya pada sidang media di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Bagaimanapun kata beliau penganut agama lain tidak dihalang untuk menganjurkan sebarang aktiviti nyayian, namun perlu diadakan secara tertutup di rumah ibadat atau premis masing-masing.

“Acara hiburan yang melalaikan sahaja kita larang, ekspo yang melibatkan orang ramai dan peniaga boleh diteruskan jika mahu dianjurkan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!