KANGAR: Menjelang sambutan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP 2024-2025), kerajaan negeri giat menjalankan penyenggaraan dan menaik taraf tempat-tempat pelancongan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, aspek kebersihan turut diberi keutamaan menerusi Kempen Perlis Bersih Sihat.
“Bilangan projek berkaitan pelancongan dijalankan pada tahun 2023 di bawah Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP).
“Selain itu projek pembangunan sebanyak 28 dengan jumlah keseluruhan melibatkan kos bernilai RM9.89 juta,” katanya ketika menjawab soalan Marzita Mansor (PN-Sena) pada persidangan Dun Perlis hari ini.
Oleh itu kata beliau semua pihak perlu berganding bahu memastikan kejayaan pelaksanaan program Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
“Persiapan dibuat kerajaan negeri bagi memastikan program Tahun Melawat Perlis mencapai objektif yang disasarkan.
“Tahun Melawat Perlis bukan tanggungjawab jabatan sahaja, tetapi merupakan tanggungjawab rakyat Perlis secara keseluruhan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/12/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!