Mayat wanita, kanak-kanak, bayi ditembak di sekolah Gaza

Sepanjang perang meletus sejak 7 Okt lalu, tentera Zionis Israel dengan sengaja menyasarkan sekolah-sekolah yang menjadi tempat perlindungan melindungi warga Palestin di Gaza yang kehilangan kediaman masing-masing. (FOTO: Getty's Image)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Mayat lebih sedozen warga Palestin terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan bayi yang dilaporkan ditembak mati oleh tentera Israel, telah ditemui di sebuah sekolah di utara Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 15 mayat yang dipenuhi peluru dan reput ditemui bertimbun di Sekolah Shadia Abu Ghazala di barat kem pelarian Jabalia, di kawasan bernama Al-Faluja pada Rabu. Sekolah itu digunakan sebagai tempat perlindungan bagi orang yang dipindahkan akibat pengeboman Israel

- Advertisement -

Saksi mata dan saudara-mara mangsa berkat, kesemua mangsa  ditembak secara langsung oleh tentera Israel; dan dilaporkan terbunuh semalaman antara Selasa hingga Rabu, namun belum dapat disahkan.

Rakaman menyayat hati mayat itu diperoleh Al Jazeera dan dikongsi di media sosial.

Terdahulu pada Rabu, Israel membedil sekolah rendah Abu Hussein yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  untuk kanak-kanak lelaki di Jabalia, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang.

Visual menyayat hati keadaan di dalam sekolah di Sekolah Shadia Abu Ghazala, di Al Faluja lokasi di mana 15 mayat yang dipenuhi peluru dan reput ditemui. (FOTO: Al Jazeera)

Israel berterusan menyasarkan sekolah dan hospital di Gaza, di mana puluhan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat kempen udara dan darat Israel yang kejam telah berlindung.

Hampir semua bangunan bertingkat di Gaza telah musnah dalam serangan udara Israel, dan kebanyakan daripada 18,600 penduduk yang terkorban  sejak 7 Oktober adalah wanita dan kanak-kanak.  HARAKAHDAILY 14/12/2023

- Advertisement -