Ketagihan konten Internet lucah, pornografi  membimbangkan

Senator Dato' Husain Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketagihan melampau terhadap Internet khususnya ke arah konten-konten lucah dan pornografi merupakan satu perkara yang amat membimbangkan.

Senator Dato’ Husain Awang berkata, ia antara dapatan utama Kajian Tanda Aras Kesedaran Keselamatan Siber yang dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2022.

- Advertisement -

“Dalam keterbatasan fungsi perguruan di sekolah.. adakah wujud inisiatif kerjasama yang serius antara guru dan ibu bapa dalam menangani isu (ketagihan) yang amat kritikal?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kementeriannya sedang rancak bekerjasama bersama CSM dalam menangani isu ketagihan Internet yang melampau khususnya terhadap pelajar.

“Pada masa yang sama seperti Yang Berhormat Senator tahu.. isu ini bukan saja melibatkan isu di peringkat KPM, tetapi juga melibatkan peranan daripada pihak guru dan juga ibu bapa.

“Kementerian juga akan sentiasa memastikan bahawa murid-murid, ibu bapa dan juga para guru terbabit dalam usaha ini,” katanya.  HARAKAHDAILY 14/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!