Jambatan darat Thai, KXP dan industri kargo

- Advertisement -

HARI itu aku ada tulis gambaran kasar mengenai Jambatan Darat Thailand yang akan mengembangkan sektor penghantaran kargo selain sektor perkapalan dan pelabuhan. 

Sebenarnya idea Kedah Aerotropolis terutamanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) juga menjurus kepada perkhidmatan perindustrian kargo pada skala yang besar dan tidak terhad kepada eksport-import kargo.

Isu ni aku dah pernah ulas sebelum ni. KXP sudah memperkenalkan model bisnes baharu yang bukan lagi tumpu kepada penerbangan penumpang mahupun belly cargo.

Model bisnes KXP sudah menapak satu tapak jauh ke hadapan dalam aspek perkhidmatan pengendalian kargo iaitu untuk menjadi transhipment cargo hub sebagai pangkalan utama di Asia Tenggara (full-fledged freighter service). 

Transhipment cargo hub ini fokus dia sebagai transit untuk penghantaran kargo daripada China, Luxembourg (pasaran kargo utama di Eropah), Afrika Utara, Timur Tengah dan sebagainya.

Kargo-kargo ini akan transit di KXP sebelum bergerak ke region Asia Pasifik dalam kalangan negara ASEAN sendiri termasuklah Australia dan New Zealand. 

Kapasiti KXP diunjurkan boleh kendalikan sehingga 300,000 tan kargo dalam tempoh 3 tahun dan sasaran 500,000 tan untuk 5 tahun ke depan. 

Kalau Henan Province Airport Group pula kendalikan kira-kira 1 juta tan kargo setiap tahun. KXP AirportCity Holding ada buat MoU dengan Henan Province Group masa LIMA baru-baru ni untuk cawangan baharu Henan di Kedah Aerotropolis. 

Setakat ini Kerajaan Negeri di bawah KXP Airport City Holdings Sdn Bhd bersama-sama Tahira Air Sdn Bhd sudah menubuhkan syarikat berkeperluan khas (SPV) iaitu Kedah Aerotropolis Sdn Bhd. 

Tahira Air ada hubungan strategik dengan Henan Province Airport Group yang juga kendalikan transhipment cargo dan menjadi antara pemain utama dalam industri kargo selain yang ada di Luxembourg. 

Syarikat Tahira ini juga mengendalikan bisnes dalam rantaian bekalan logistik bersempadan (integrated logistics supply chain). 

Jadi, soal kredibiliti bukan lagi isu untuk Tahira Air Sdn Bhd yang akan menjadi main operator untuk KXP dan Kedah Aerotropolis bersama-sama KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd.

Fungsi lain yang menjadi tarikan utama kepada Kedah Aerotropolis ini adalah komponen MRO, SLAM dan Centre of Excellence. 

MRO ni adalah penyelenggaraan, pembaikan dan overhaul penerbangan. 

SLAM adalah hub Logisitik, Aeroangkasa dan Pembuatan Sidam. 

Centre of Excellence memfokuskan tenaga kerja mahir. 

Jadi, pakej fasiliti yang ada dalam Kedah Aerotropolis ni cukup lengkap. Komprehensif untuk perkhidmatan bukan sahaja tranship kargo, tetapi juga perkhidmatan aviation, logistics dan sebagainya.

Tambah lagi boleh bantu jadi catalyst untuk perindustrian di Kulim Hi Tech Park. 

Point aku adalah, Kedah Aerotropolis ni boleh angkat Malaysia menjadi hub kargo udara terkemuka. 

Kalau Thailand kata Land Bridge boleh majukan pengangkutan kargo dalam sektor perkapalan, kita boleh jadikan Kedah Aerotropolis sebagai hub transhipment kargo penerbangan yang utama di Asia Tenggara.

Selain daripada kita melihat kepada sektor perkapalan dan pelabuhan, elok kita bagi tumpuan yang seimbang untuk merealisasikan Kedah Aerotropolis sebagai transhipment cargo hub tadi. Kan na?  

HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 14/12/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02pHyPhWnvLeJmc3Eu4RHN8rcBqxbcP8CojFn8AjsjPRtaCXY8egqkZByM6puRrHzWl&id=100001607375200&mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!