‘Kerajaan jangan jadi samseng dan kaki buli’

Hazmi Dibok
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keuntungan hasil bumi dan cukai diambil dari negeri-negeri, yang menyaksikan hasil bumi dan cukai tidak hanya diambil dari wilayah pentadbiran persekutuan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hazmi Dibok dalam satu kenyataan berkata, Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Jabatan Wilayah Persekutuan. 

- Advertisement -

“Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya. 

Menurut beliau,terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.

“Maknanya, mereka yang memerintah di peringkat persekutuan (federal) tidak layak mendabik dada dengan harta negara yang dimiliki di peringkat persekutuan sehingga memperlekeh kerajaan negeri seolah-olah meminta sedekah sedang khazanah negara juga datang dari negeri. 

“Begitu juga khazanah negeri juga datang dari hasil dan cukai rakyat di seluruh pelosok negeri tak kira yang undi kerajaan atau undi pembangkang.

“Duit rakyat, mesti turun kembali kepada rakyat, menerusi pemimpin yang dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing. Kerajaan jangan jadi samseng dan kaki buli,” tegasnya.  HARAKAHDAILY 13/12/2023

- Advertisement -