Presiden Iran dedah skandal RM16.4b libatkan menterinya

Ebrahim Raisi ketika melawat sebuah syarikat di Tehran, Iran. (FOTO: Iranintl)
- Advertisement -

TEHRAN: Presiden Iran mendedahkan rundingan tidak akan mencukupi untuk menyelesaikan skandal teh bernilai AS$3.5 bilion (RM16.4 bilion) di negara itu yang membabitkan menteri dan beberapa pegawai kanannya sendiri.

Mengulas dakwaan bahawa kekayaan besar yang dimaksudkan untuk mengimport teh,  Presiden Ebrahim Raisi menegaskan  kerajaan pimpinannya telah mendedahkan skandal itu sejak sembilan bulan lalu dalam perbicaraan yang disiarkan secara terbuka

- Advertisement -

Badan Kehakiman Iran baru-baru ini mendedahkan bahawa beberapa pegawai kanan pentadbiran Raisi telah terlibat dalam kes itu, lapor Iranintl.

Beliau juga memetik dakwaan Pemimpin Tertinggi, Ali Khamenei bahawa ‘sekadar bercakap tentang kecurian tidak menyelesaikan masalah rasuah’.

Tuduhan dalam kes rasuah itu membabitkan banyak pejabat kerajaan yang merangkumi pentadbiran Presiden semasa dan lalu. Ini termasuk menteri pertanian dan industri, bersama-sama dengan gabenor Bank Pusat Iran dan ketua-ketua Pentadbiran Kastam Iran.

Komen Raisi datang ketika Khamenei, belum mengulas mengenai kes itu, secara konsisten menolak dakwaan rasuah sistematik dalaman kerajaan Iran.

Skandal itu berlaku ketika kerajaan bergelut untuk mengekang inflasi melebihi 50 peratus, ditambah pula dengan kekurangan ubat-ubatan dan susu formula bayi.

Minggu lalu, Pertubuhan Pemeriksaan Iran mendedahkan penyiasatan ke atas pengimport teh terkemuka kerana amalan kewangan yang boleh dipersoalkan. 

Syarikat itu, yang bertanggungjawab untuk sebahagian besar import teh negara, didakwa menerima AS$3.37 bilion dalam mata wang asing pada kadar diskaun kerajaan untuk mengimport teh dan mesin dari 2019 hingga 2022.

Ia dituduh menjual AS$1.4 bilion mata wang berkenaan di pasaran bebas pada kadar yang lebih tinggi.

Seorang ahli parlimen, Alireza Salimi yang mengulas mengenai kes rasuah itu berkata: “Skandal teh telah menyedihkan banyak pihak; semua pihak yang bertanggungjawab harus segera memberikan maklumat yang tepat dan benar untuk mengelakkan individu yang terlibat dalam rasuah daripada mengambil kesempatan daripada keadaan.”

Terdahulu, pemerhati mencadangkan perkembangan menunjukkan rasuah sistematik, membabitkan beberapa pegawai tinggi kerajaan Raisi.  HARAKAHDAILY 12/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!