Gaza: Warga emas Yahudi rantai diri di pagar Rumah Putih

Sekumpulan 18 warga emas Yahudi-Amerika merantai diri mereka di pagar hadapan Rumah Putih di Washington, DC, Amerika Syarikat pada hari in, 12 Dis 2023, menuntut gencatan senjata dan keadilan terhadap nasib rakyat Palestin di Gaza yang kini dicengkam kekejaman serangan tentera Zionis Israel. (FOTO: Common Dreams.org)
- Advertisement -

WASHINGTON, DC: Sekumpulan warga emas Yahudi-Amerika merantai diri ke pagar di hadapan Rumah Putih pada hari ini, Isnin (12 Dis) menuntut Presiden Joe Biden menamatkan perang Israel-Hamas sekali gus, gencatan senjata kekal di Semenanjung Gaza.

“Biden, Biden, pilih mana satu, (pilih) gencatan senjata bukan pembunuhan beramai-ramai 9 (di Gaza)!” laung kumpulan penunjuk perasaan terdiri daripada 18 wanita yang memakai baju tertulis perkara ‘Not in Our Name’ (‘Bukan atas Nama Kami’).

- Advertisement -

Mereka mengambil bahagian dalam memperjuangkan ketidaktaatan sivil, yang berlaku beberapa jam sebelum Pesta Hanukkah tahunan Rumah Putih yang dihadiri Biden, lapor CommonDreams.org.

“Israel bunuh warga emas, kanak-kanak, doktor, wartawan, ulama, penyair (di Gaza),” kata Rosalind Petchesky, salah seorang daripada kumpulan yang menyertai protes berkenaan. 

“Kami menuntut penamatan mimpi ngeri yang dahsyat ini di Gaza,” tegasnya.

​Bekas pengarah politik AFL-CIO, Karen Ackjere yang turut serta dalam protes itu pula berkata: ““Jangan biarkan mereka memberitahu anda ia rumit,” yang disambung oleh peserta lain dengan menyatakan: “Rakyat Palestin sedang disembelih. Bukan hanya dengan bom – tapi juga oleh kebuluran. Tidak pernah ada lebih penting untuk kita bertindak.”

Kumpulan protes di pagar hadapan Rumah Putih ini bertegas memperjuang hak dan nasib rakyat Palestin angkara kejahatan Zionis Israel di Semenanjung Gaza pada ketika ini dan sejak 7 Oktober 2023. (FOTO: X@TRTWorldNews)

Ketika dirantai di pagar Rumah Putih itu, kesemua mereka membacakan nama-nama rakyat Palestin yang telah dibunuh oleh tentera Zionis Israel sejak 7 Okt lalu, bermula dengan Mahdiya Abdullah Abdul Wahab Halawa yang berusia 93 tahun.

“Keluarga saya terselamat daripada Holocaust, jadi saya tahu nilai apabila kita berdiam diri,” tegas,”  Deb Kaplan, seorang peguam bela kesihatan reproduktif yang turut menyertai protes itu.

“Saya enggan berdiam diri sekarang ini,” tegasnya sebelum kesemua 18 penunjuk perasaan telah ditahan polis.

Protes itu berlaku di tengah-tengah tindakan global yang menyeru penamatan serangan Israel ke atas Gaza berikutan resolusi veto Amerika Syarikat  mengenai gencatan senjata di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  lewat minggu lalu.

Ketika protes warga emas Yahudi di pagar Rumah Putih itu, kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di atrium Senat untuk menuntut AS menghentikan bekalan senjata kepada tentera Israel, yang telah menggunakan senjata buatan AS untuk melakukan kekejaman di Semenanjung Gaza.

Kumpulan protes warga emas Yahudi di pagar Rumah Putih ini turut membacakan nama-nama rakyat Palestin yang telah dibunuh oleh tentera Zionis Israel sejak 7 Okt 2023. (FOTO: (FOTO: X@TRTWorldNews)

Senat AS ketika ini sedang membahaskan pakej tambahan bantuan asing yang merangkumi lebih daripada AS$10 bilion bantuan ketenteraan untuk Israel, yang sudah menerima hampir AS$4 bilion setahun dari AS.

Pada Jumaat lalu, Jabatan Negara AS secara rasmi bergerak untuk memintas proses semakan kongres bagi menyegerakan penghantaran  13,000 butir peluru kereta kebal ke Israel. 

Seperti yang dilaporkan The New York Times, Jabatan Negara memberitahu jawatankuasa kongres bahawa ia sedang bergerak ke hadapan dengan penjualan sejurus sebelum tengah malam pada Jumaat itu.

Terdahulu, pegawai di pejabat pentadbiran Biden secara terbuka menggesa Israel untuk mengambil langkah konkrit untuk melindungi orang awam di Gaza, tetapi tidak ada bukti Israel telah mengubah pendekatannya yang  tidak berperikemanusiaan itu.  HARAKAHDAILY 12/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!