Serangan Gaza: Angka korban hampiri 18,000

Tiada tanda-tanda serangan udara dan darat oleh tentera Zionis Israel di Semenanjung Gaza akan dihentikan.
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Serangan tentera Israel  yang terus ditingkatkan di Semenanjung Gaza  tiada penghujung dengan  angka kematian dalam kalangan penduduk kini menghampiri 18,000.

Angkatan Pertahananan Israel (IDF)  telah meningkatkan pengeboman mereka ke atas Semenanjung Gaza, selain  melakukan serbuan di Tebing Barat yang diduduki ketika usaha bantuan kemanusiaan menurun.

- Advertisement -

Tentera Israel menyerang Rafah di selatan Gaza dua kali semalaman, menurut laporan Al Jazeera, ketika pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa tiada tempat selamat tinggal di wilayah yang dikepung itu.

Pusat Khan Younis, bandar kedua terbesar di Gaza, juga menyaksikan pertempuran di tengah-tengah serangan udara dan darat Israel yang semakin meluas di bahagian selatan enklaf, lokasi di mana berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin tidak mempunyai tempat selamat untuk berlindung; manakala serangan udara di utara Gaza sejak 7 Okt lalu  telah meratakan bangunan kediaman.

Kementerian Kesihatan di Gaza telah berkata bahawa 17,177 orang – termasuk 7,112 kanak-kanak telah terbunuh dan 46,000 yang lain cedera sejak konflik Israel-Palestin bermula pada 7 Oktober.

Di Tebing Barat yang diduduki, jumlah kematian sejak tarikh yang sama mencecah  266 orang, dengan 3,365 cedera; manakala IDF mendakwa 1,147 warga Israel maut termasuk 418 tenteranyta.

Ketua bantuan PBB, Martin Griffiths berkata bahawa rundingan diteruskan untuk membuka satu lagi sempadan antara Israel dan Gaza bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan disampaikan.

“Kami tidak mempunyai operasi kemanusiaan di selatan Gaza yang boleh dipanggil dengan nama itu lagi,” katanya kepada pemberita di Geneva pada Ahad.

“Apa yang kita ada pada masa ini … (adalah) pada oportunisme kemanusiaan terbaik,” katanya, sambil menambah bahawa trak yang melintas bergantung kepada peluang dan bukannya perancangan. 

“Ia tidak menentu, tidak boleh dipercayai dan terus terang, tidak mampan.”  HARAKAHDAILY 11/12/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -